Sunday, July 19, 2009

Kerana Sebuah Persahabatan

Perasaan sayang yang terkubur di hati ini telah membuatkan aku menjadi buta... buta untuk aku mengenali erti cinta yang sebenar dan telah membuatkan hati ini menjadi buta untuk pilih yang lain... kenapa ini harus terjadi pada diri aku.?

Kadang-kadang orang yang kita harapkan itulah yang akan mengkhianati kita... dan orang yang kita tidak harapkan itulah yang selalu memberi sokongan kepada kita... walaupun pahit, tetapi harus aku telan jua... apa yang aku boleh buat.? benda sudah terjadi, aku terpaksa terima dengan hati redha dan pasrah... aku berasa kesal dengan apa yang aku alami sekarang, tetapi kekesalan itu tidak bermakna membuatkan aku terus menjadi lemah... mungkin itu adalah satu dugaan buat aku untuk mempelajari erti sebuah realiti kehidupan... inilah yang di nama sebuah persahabatan...

Persahabatan.?
Persahabatan yang telah menikam diri aku sendiri... itukah yang dinamakan sebuah persahabatan.? ohh tidak,, aku sudah tidak percaya dengan persahabatan...
Persahabatan juga telah membuatkan aku hilang kepercayaan kepada kawan aku sendiri...

Persahabatan telah berjaya memusnahkan segala-galanya... itulah sebuah persahabatan yang palsu...

No comments: